MONEπ±
Assalamualaikum semua π...hari ni saya nak kongsi tentang ketaksuban saya terhadap makhluk berbulu ni..JENG...JENG...JENG.
Tarrraaa..nama dia Mone, nama panjang dia Siti Monerah Irdina Batrisya...mone ni dah jadi seekor ibu kepada 12 ekor anak kucing π±π±πΈπΉπΊπ»πΌπ½πΎπΏππ±..tpi skrg ni kami hantar depa gi sekolah tahfiz dah, dok asrama...so mone sekor je la dok kat rumah sekarang.
Tapi kami bukan nak cerita pasai mone budak demok nii...kmi nak cita pasai cara nak jaga kucing dengan sebetulnya....pasai makan depa...taik depa..semua larr..kejap ekk...mone nak laluπ meoww...
Okeyhh jom kita start...ππ«
1)Duit dan tenaga:
ni bagi saya 2 perkara penting yang harus ada pada semua pencinta kucing. Duit dan tenaga untuk menguruskan kebajikan kucing dari segi makan minum, pasir untuk litter box, vaksin, ubat-ubatan, dan pemandulan kucing.
2)Toilet train kucing anda:
sebenarnya toilet train ni tak susah. Kalau bela anak kucing, sangat mudah untuk dilatih. Cara yang saya buat, saya letakkan dalam sangkar yang agak luas. Dalam sangkar disediakan makan minum dan juga litter box. Kucing biasanya automatik kalau jumpa pasir dia membuang di situ. Untuk kucing dewasa masih boleh dipraktikkan. Kalau misalnya kucing terlepas hajat di tempat lain, ambil scoop, kaut najis dan letak dalam litter box. Lepas tu suakan sikit muka kucing tu kat situ, kasi dia signal “haa sini toilet yerr”.
3) Litter box:
bersihkan tiap hari. Kucing ni haiwan pembersih, dan ada deria bau yang sensitif. Kalau litter box kotor dan berbau, ada kemungkinan dia tak nak guna dan pergi melepas di tempat lain. Dibersihkan bukan bermaksud hari2 kena cuci. Cukup sekadar kaut najis nya dan buang. Kemudian tabur baking soda pada litter box. Baking soda ni deodorizer. Jadi ia menyerap bau2 busuk. Kalau nak lebih wangi, tabur bedak tapi jangan banyak sangat, takut kucing confuse betul ke ni toilet dia. Seminggu sekali, baru lah cuci litter box dengan air dan sabun. Kalau nak letak di luar, guna litter box bertutup. Bau memang kurang dan pasir kurang bersepah. Ada juga dijual training kit yang boleh membantu untuk latih kucing supaya gunakan tandas manusia. Kit ni tak mahal, harga sekitar RM40 kalau tak salah saya. Kalau ada masa lebih untuk train kucing, bolehlah guna sebab menguntungkan dari segi kos dan tenaga, tak payah beli pasir kucing dan tak perlu cuci litter box dah.
4) Mandulkan kucing:
pemandulan kucing ni sebenarnya sangat bermanfaat dari segi kesihatan kucing dan juga dapat mengurangkan stress jiran2. Kucing yang mandul sangat jarang merayau, dan kucing jantan yang mandul tak kencing merata. Jadi di sini dah setel dua masalah. Tapi ada syaratnya, iaitu kena mandulkan sekitar/sebelum usia 6 bulan. Pada usia ni, belum ada dua tabiat tadi. Jadi kalau dimandulkan, inshaAllah kucing takkan buat. Kalau kucing jantan dah tua, dan dah ada tabiat buruk ni, sebenarnya masih boleh diselamatkan. Cuma lebih mengambil masa untuk dia tinggalkan kebiasaan tersebut. Untuk kucing betina pula, disarankan juga untuk mandul pada usia 6 bulan. Tapi sebab kucing betina jarang menimbulkan masalah, boleh pilih nak bagi dia bergelar ibu dulu ke, atau nak mandul terus. Terpulang pada kewangan. Kalau masih mampu untuk tanggung anak2 kucing dipersilakan. Tapi kalau takut tak mampu, mandulkan. Jangan nanti kucing beranak rasa tak nak jaga dan buang ke pasar. Dari segi hukum, fatwa dari Jakim mengatakan harus untuk menjaga muslahat ummah. Dari segi kos, berbeza untuk setiap tempat tapi semestinya kos di klinik kerajaan lebih murah. Dari segi kesihatan, memang sangat banyak penyakit2 bahaya boleh dielakkan macam kanser ovari, pyometra.
5) Makan minum, vaksin :
kalau sibuk sampai tak ingat nak tinggalkan makanan, boleh lah beli pet feeder. Boleh letak air dan kibbles yang banyak. Jadi takdelah kucing mintak makan rumah sebelah. Vaksin pula kos sekitar RM30 untuk seekor. Nanti ada kad vaksin macam manusia jugak, kena simpan kad tu. Kalau kucing mandul, bagi saya vaksin boleh lah dianggap optional. Sebab vaksin untuk cegah penyakit yang biasanya serang kucing2 merayau. Tapi kalau ade duit lebih, apa salahnya.
okeyh selesai sudah...so untuk semua cat lover.. bela kucing ni jangan pike makan minum depa je..hati jiran tetangga pun kena jaga jugak..mana tau ada yang tak suka kita bela kucing sebab bau..mana tau la kan..so kalau depa complain kucing kita berak rumah depa ka jangan kita buat tak tahu jerr...minta maaf dan basuh...lepastu kalau nak gi jalan2 bawa larr makanan kucing skali..kot2 jumpa kucing jalanan yang lapoo...kalau kita bagi depa makan kan...hati akan tenang, pahala pon dapat...hmmm betolll cerr try...okeyhh...terima kasihh..sampai sini sajarrr..Annnyyeooongggggg
No comments:
Post a Comment