Tips!Cara Genius Buat Bateri Telefon Tahan Lama📱
Sudah menjadi lumrah, rata-rata manusia hari ini pasti berdampingan dengan gajet kesayangan ke mana sahaja. Gajet berteknologi yang dimaksudkan mestilah telefon pintar, ipad, komputer riba dan banyak lagi. Tujuan kesemua gajet itu adalah sama iaitu demi memudahkan proses perhubungan serta untuk melancarkan tugas harian.
Namun begitu, biarpun ia memudahkan pekerjaan manusia sejagat yang merangkumi semua peringkat umur dari remaja hinggalah kepada golongan bekerjaya, ia masih perlu dicas untuk kekal berfungsi.
Eh! baru je cas satu jam lepas sekarang dah tinggal 30%?
Penulis jelas, ramai di antara kita bingung bagaimana untuk membuatkan bateri telefon kekal lama tanpa perlu bergantung harap pada power bank semata-mata. Ini tips paling genius yang boleh anda aplikasikan dalam kehidupan seharian.
#1 Malapkan Cahaya Skrin Telefon
Perbezaan cahaya skrin yang telah dimalapkan dan yang masih terang…
Cahaya skrin sedikit sebanyak menggunakan sebahagian besar bateri telefon pintar anda. Oleh itu, jika berada di kawasan yang kelam seperti di dalam rumah mahupun dalam keadaan yang gelap, sila malapkan cahaya telefon agar ia bisa menjimatkan bateri.
#2 Matikan GPS Jika Tidak Digunakan
GPS atau Global Positioning System yang digunakan pada telefon pintar anda sebagai penentu arah seperti WAZE mahupun Google Maps sebenarnya memerlukan bateri yang banyak. Jika tidak digunakan, matikan sahaja servis GPS tersebut. Begitu juga dengan carian lokasi (location).
#3 Matikan Nofikasi Getaran (Vibration)
Ramai yang gemar menetapkan notifikasi telefon mereka kepada getaran kerana takut-takut jika berada dalam mod senyap, panggilan serta mesej penting tidak diketahui.
Namun, tahukah anda bahawa getaran (vibration) memerlukan lebih banyak bateri? Jadi jika anda terlalu risau untuk meletakkan telefon dalam mod senyap, biarkan sahaja ia berbunyi tapi dalam keadaan yang perlahan jika mahu jimat bateri.
#4 Berpada-Pada Menggunakan Internet
Asal ada masa tengok Facebook. Asal ada masa tonton Youtube. Asal ada masa main permainan visual (video games). Asal ada masa skrol Instagram. Hmm… Kalau sudah tahu anda sedang mengembara atau bakal memerlukan telefon di saat-saat genting untuk tujuan kecemasan yang tidak diduga, sila berjimat cermat dengan bateri telefon pintar tu. Tahan sikit nafsu untuk menggunakan media sosial.
Kalau boleh, saat anda tidak memerlukan internet, matikan sahaja mobile data. Ini boleh mengelak telefon mengemaskini (update) sistem secara automatik dengan adanya capaian internet.
#5 Gunakan Mod Penerbangan Jika Tiada ‘Line’
Sebagai contoh, jika anda berada di kawasan yang terpencil sehingga telefon tidak mendapat liputan atau dalam erti kata lainnya ‘tiada line’, sila tetapkan mod penerbangan pada telefon pintar milik anda. (Klik pada butang yang mempunyai simbol kapal terbang pada bahagian bar menu).
💡 Tindakan ini akan menjimatkan bateri secara efisyen.
Tips Memanjangkan Jangka Hayat Bateri Telefon
1. ❌Jangan sekali-kali biarkan telefon mati pada 0%. Apabila telefon anda sudah kerap mati atau terpadam sendiri saat bateri telefon mencapai 0%, ia akan merosakkan keadaan bateri telefon tersebut.
Oleh itu, jika terlihat bateri sudah mencapai sekurang-kurangnya 5%, lekas pergi cas.
2. ❌Jangan gunakan telefon saat sedang dicas.
3. Kalau boleh, biar telefon dicas penuh hingga 💯 sebelum menggunakannya. Ini kerana, jika ia baru dicas separuh lalu anda mencabutnya dari soket untuk diguna, ia sebenarnya akan membantutkan kelancaran fungsi bateri seterusnya menjadi rosak.
Cara terbaik adalah membiarkan telefon dicas secara tenang tanpa digunakan.
4. Jika mahu bateri cepat naik ketika dicas, tetapkan telefon dalam mod penerbangan.
5.❌ Jangan sekali-kali biarkan telefon terus dicas hingga panas. Sebaik sudah penuh 100%, tutup dan tanggalkannya dari pengecas.
Bateri telefon akan kembung jika dicas terlalu lama…
Sila elak mengecas telefon ketika tidur kerana bateri akan penuh sebelum anda terjaga dari lena.
Diharap perkongsian penulis kali ini berguna buat anda semua si pencinta gajet. Selamat beramal!
Annyeongggggggg
No comments:
Post a Comment