Marah

Tuesday, 27 February 2018




MARAH😠!!!


 Di sini, saya nak kongsikan satu cerita kat ampa semua...
Dengar ekk..😺

Seorang lelaki Amerika berjalan ke sebuah restoran di London. Sebaik sahaja dia masuk, dia melihat seorang lelaki Afrika duduk di sudut restoran itu.

Jadi dia berjalan ke kaunter, dikeluarkan dompetnya dan menjerit, "Waiter! Aku mahu membeli makanan untuk semua orang di restoran ini, kecuali lelaki hitam Afrika di sana!"
Jadi pelayan mengumpulkan wang daripada lelaki itu dan mula memberikan makanan percuma kepada semua orang di restoran itu, kecuali si Afrika.
Walau bagaimanapun, tanpa rasa kecewa, si Afrika hanya melihat pada lelaki Amerika dan menjerit, "Terima kasih!"
Dengan rasa amat marah, lelaki Amerika itu mengeluarkan dompetnya dan menjerit sekali lagi,
"Waiter! Kali ini aku membeli minuman dan makanan tambahan untuk semua orang disiini, kecuali si Afrika di sudut sana!"
Pelayan terus mengumpulkan wang daripada lelaki itu dan mula memberikan makanan percuma dan minuman kepada semua orang kecuali si Afrika.
Apabila pelayan selesai memberi makanan dan minuman... Sekali lagi tanpa rasa marah, malah si Afrika tadi hanya tersenyum kepada lelaki Amerika dan menjerit,
"Terima kasih!"

Lelaki Amerika itu semakin marah. Sambil dia bersandar di kaunter dan berkata kepada para pelayan: "Apa yang tidak kena dengan lelaki Afrika itu?
Aku telah membeli makanan dan minuman untuk semua orang di sini kecuali dia, dia bukannya menjadi marah, akan tetapi dia hanya duduk di sana malah tersenyum padaku sambil menjerit "Terima kasih."
Adakah dia gila"
Pelayan itu tersenyum pada lelaki Amerika dan berkata, "Tidak, dia tidak gila. Dia adalah pemilik restoran ini"

Mungkin anda nampak seseorang seperti musuh anda tetapi tanpa anda sedari dia memihak kepada anda.


.. MARAH
 ..Jauhi kemarahan. Ia hanya akan menyakitkan diri anda sendiri!
.. Jika anda betul maka tidak ada keperluan untuk marah,
.. Dan jika anda salah maka anda tidak mempunyai apa-apa hak untuk marah.

.. SABAR
..Sabar dengan keluarga adalah Kasih
.. Sabar dengan orang lain adalah Hormat
.. Kesabaran dengan diri adalah keyakinan dan kesabaran pada Allah ialah Iman.

.. BERFIKIR
.. Jangan sekali-kali berfikir tentang Masa Lampau, Ia suatu Penderitaan ...
.. Jangan berfikir lebih mengenai Masa Depan, ia menjadikan anda lebih Takut ...

Hadapi kehidupan ini dengan senyuman, Ia akan membawa kebahagiaan

Setiap ujian yg getir dalam kehidupan kita di harapkan akan memberi kita kekuatan utk terus memperbaiki diri kita.

Emas tulen diuji dgn api, kita manusia diuji dgn setiap masalah.

Setiap masalah datang sama ada untuk mengeratkan atau menghancurkan sebuah perhubungan.

Pilihan adalah milik kita sama ada kita menjadi mangsa atau sebaliknya.

Sesuatu yang CANTIK itu tidak semuanya baik, akan tetapi sesuatu yg BAIK itu selalunya CANTIK.

Adakah anda tahu mengapa Allah menciptakan ruang antara jari?
  Supaya seseorang yang terbaik datang dan mengisi ruang2 itu dgn memegang   tangan anda utk selama-lamanya.

Kebahagiaan menjadikan kita Manis...kemanisan akan membawa    kebahagiaan.

Kongsikanlah bersama mereka yg TERBAIK dlm kehidupan  kita





☘ SYUKRON A'LAIH 

Ilmu





ILMU✎



    Terdapat beberapa pendapat berhubung ilmu yang menjadi kefarduan bagi setiap muslim. Menurut sebahagian besar ulama, ilmu yang wajib dipelajari oleh setiap Muslim ialah ilmu agama dan ilmu keduniaan. Ilmu agama ialah seperti berikut :

1)      Ilmu yang membawa kepada kefahaman dan keyakinan yang mendalam tentang akidah dan terselamat daripada unsure-unsur syirik dan khurafat.
2)      Ilmu yang membetulkan amal ibadah seseorang dari sudut lahiriah iaitu niat yang ikhlas kerana ALLAH.
3)      Ilmu yang dapat membersihkan jiwa dan hati seseorang dengan mengetahui sifat terpuji lalu menghayatinya dan sifat yang keji lalu menjauhinya.
4)      Ilmu yang dapat mendisiplinkan tingkah laku seseorang terhadap diri sendiri, keluarga dan orang ramai sama ada seorang muslim atau bukan muslim. Seterusnya dengan ilmu tersebut dia dapat membezakan antara yang halal dan haram serta antara yang wajib dan sebaliknya.
Kesemuanya ini ialah had yang paling minimum yang perlu diketahui oleh setiap muslim tentang agamanya pada setiap masa dan keadaan.
  • Hadis riwayat Abdullah bin Amru bin Ash ra., ia berkata:
    Aku pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya Allah tidak mengambil ilmu dengan cara mencabutnya begitu saja dari manusia, akan tetapi Allah akan mengambil ilmu dengan cara mencabut (nyawa) para ulama, sehingga ketika Allah tidak meninggalkan seorang ulama pun, manusia akan mengangkat pemimpin-pemimpin yang bodoh yang apabila ditanya mereka akan memberikan fatwa tanpa didasarkan ilmu lalu mereka pun sesat serta menyesatkan. (Shahih Muslim No.4828)
Jika manusia telah mati maka putuslah amalnya kecuali 3 perkara :
1) Sedekah jariah
2) Ilmu yang bermanfaat
3) Anak soleh (berakhlak mulia) yang mendoakan kedua-dua orang tuanya.
( HR Muslim)

Gunung Baling

Friday, 23 February 2018

               

GUNUNG BALING🗻

Aktiviti cuti mid-sem🥘😴






Fakta Menarik Tentang Telefon Pintar Anda




 FAKTA MENARIK TENTANG TELEFON PINTAR ANDA📱











Quotes

   

HE said ...



Program Malam An-Nisa'


🌸A NIGHT TO REMEMBER🌸👸






       '' DUNIA ialah perhiasan 👑 semata 

      dan sebaik-baik perhiasan adalah 
              wanita MUSLIMAH ''

Quotes



QUOTES OF THE DAY





15 Fakta Comel Dan Menarik Tentang Kawan Mone

15 Fakta Comel Dan Menarik Tentang Kawan Mone🐱


Artikel ini khas untuk anda si pencinta kucing. Juga untuk anda yang masih lagi keseorangan dan hanya kucing peneman di kala sunyi.





  1. Kucing menyimpan tenaga dengan tidur sehingga 13-14 jam sehari.
  2. Dalam bahasa Inggeris, kucing jantan dipanggil ‘Tom’, kucing betina pula digelar ‘Molly’ dan anak kucing seperti yang anda semua tahu dinamakan ‘Kitten’.
  3. Kucing mempunyai deria penglihatan yang sangat tajam di waktu malam iaitu enam kali lebih bagus daripada penglihatan manusia.
  4. Jangka hayat seekor kucing mencecah sehingga 12-15 tahun.
  5. Kucing tiada deria rasa manis.
  6. Menurut kajian, pemilik kucing jarang diserang penyakit jantung atau strok.
  7. Kucing jantan akan menggunakan tangan kiri ataupun dipanggil kidal manakala betina lebih menggunakan tangan kanan ketika melakukan sesuatu.
  8. Kucing mampu mengeluarkan 100 jenis bunyi yang berbeza dan setiap satunya mempunyai maksud dan tujuan.
  9. Kucing kurang gemar bersosial seperti anjing, namun kucing lebih bijak menyelesaikan masalah sendiri contohnya cara untuk melepaskan diri dari dalam sangkar. Nakal!
  10. Kucing boleh melompat sehingga enam kali ketinggiannya.
  11. Kucing mempunyai deria pendengaran tiga kali lebih tajam berbanding manusia.
  12. Kucing membersihkan diri dengan menjilat badannya, juga untuk menghilangkan bau manusia yang memegangnya.
  13. Kajian menyatakan lelaki yang memiliki kucing mempunyai sifat manja dan sensitif seperti kucing. Lelaki yang memiliki kucing juga dikatakan romantik dan mempunyai hubungan cinta yang lebih baik.
  14. Kucing boleh melahirkan anak seekor hingga sembilan ekor. Namun rekod kucing pernah melahirkan 19 ekor anak.
  15. Jenis kucing paling mahal di dunia ialah ‘The Ashera’ yang mencecah ratusan ribu ringgit. Mempunyai rupa paras seakan seekor singa betina dan mempunyai jalur seperti harimau, namun saiz yang jauh lebih kecil.